Selepas memperkenalkan KTM RC 8C 2022 pada tahun lepas, KTM kini memperkenalkan KTM RC 8C 2023, khusus hanya untuk kegunaan litar. Model edisi terhad itu kali ini dikeluarkan dalam jumlah 200 unit, malangnya selepas tempahannya dibuka, semuanya habis ditempah dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Harganya pula bukan calang-calang iaitu sebanyak $39,599.00.
Category: KTM
KTM RC 390 2022 kini rasmi di pasaran Malaysia, harga asas RM 33,800.00
KTM Malaysia pada kelmarin dengan rasminya melancarkan model sports terbaharu KTM RC 390 2022 untuk pasaran tempatan. Majlis pelancaran berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bersempena dengan penganjuran acara MotoGP Malaysia 2022. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM 33,800.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
KTM 890 Adventure R 2023 diperkenalkan dengan naik taraf terkini lebih signifikan
Pada pertengahan bulan September 2022 yang lepas, model kembara lasak terbaharu KTM 890 Adventure R 2023 rasmi diperkenalkan, dengan beberapa naik taraf terkini yang lebih signifikan. Antaranya termasuklah fork depan WP XPLOR dan suspensi belakang WP XPLOR PDS yang boleh dilaraskan sepenuhnya, kini telah ditala semula untuk prestasi yang lebih baik.
KTM 890 Duke GP 2022 diperkenalkan dengan penampilan lebih sporty
Brabus 1300 R 2022 diperkenalkan, hasil kerjasama di antara KTM dan Brabus
Pada awal tahun ini, KTM dan Brabus telah memperkenalkan sebuah model terbaharu Brabus 1300 R 2022, dalam edisi terhad hanya 154 unit sahaja. Model berkenaan telah diasaskan daripada model KTM 1290 Super Duke R EVO, tampil dalam dua skim warna Magma Red dan Signature Black, dan setiap satu warna tersedia dalam jumlah 77 unit.
KTM 790 Duke 2022 kembali semula ke pasaran antarabangsa
Jentera naked kelas pertengahan KTM 790 Duke mula diperkenalkan pada tahun 2017. Angka jualannya ketika itu dikatakan melebihi 29,000 unit di seluruh dunia. Kemudiannya KTM 890 Duke R pula diperkenalkan pada tahun 2020, dilabel sebagai The Super Scalpel, dengan dikuasakan enjin parallel-twin KTM LC8c 889cc. Pada Januari 2021, KTM 790 Duke telah dinaik taraf kepada […]






