KTM pada beberapa hari yang lepas dengan rasminya memperkenalkan jentera naked KTM 890 Duke 2021, yang kini dilengkapi enjin bersesaran 889cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin) dengan hamburan kuasa maksimum 115hp @ 9,000rpm dan tork puncak 92Nm @ 8,000rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Category: KTM
KTM 250 Duke 2021 terima warna baharu, termasuk naik taraf terkini lampu depan LED
KTM baru-baru ini melancarkan dua model naked KTM 125 Duke 2021 dan KTM 390 Duke 2021 untuk pasaran Eropah, yang kini didatangkan dua pilihan warna terbaharu. Bagi model KTM 250 Duke 2021 pula, ianya turut menerima warna terbaharu, sama seperti model yang dilancarkan di pasaran India pada bulan Ogos 2020 yang lepas.
KTM 390 Duke 2021 dilancarkan di pasaran Eropah, kini patuh piawaian emisi Euro 5
Jentera naked KTM 390 Duke 2021 kini rasmi dilancarkan di pasaran Eropah, dengan dua pilihan skim warna terbaharu yang sporty dan mengekalkan gayanya yang agresif. Model tersebut juga kini dilengkapi enjin yang patuh piawaian emisi Euro 5, termasuk naik taraf terkini sistem ekzos bagi mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan.
KTM 125 Duke 2021 kini di pasaran Eropah, tampil dengan dua pilihan skim warna baharu
KTM 125 Duke 2021 kini dengan rasminya dilancarkan untuk pasaran Eropah, dalam dua pilihan skim warna baharu yang lebih sporty dan menyerlah. Model terkecil dalam siri KTM Duke itu dilengkapi enjin satu silinder yang bersesaran 124.7cc, dengan sistem suntikan bahan api elektronik yang canggih dan sistem penyejukan jenis cecair.
KTM 250 Adventure 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 21,500.00
KTM baru saja melancarkan model kembara KTM 390 Adventure 2021 untuk pasaran tempatan, dengan harga asas RM 30,800.00. Jika anda merasakan harga tersebut agak tinggi dan anda pula hanya memiliki lesen dalam kelas B2, berita baiknya ialah pada masa yang sama KTM turut melancarkan model KTM 250 Adventure 2021.
KTM 390 Adventure 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 30,800.00
Para peminat motosikal tempatan dalam segmen kembara pastinya gembira apabila KTM secara rasminya melancarkan jentera yang ditunggu-tunggu KTM 390 Adventure 2021. Harga jualan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 30,800.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), yang boleh dikatakan berpatutan.






