KTM Malaysia kelmarin secara rasminya mengumumkan pelancaran model kembara terbaharu KTM 1290 Super Adventure S 2021 untuk pasaran Malaysia. Model tersebut ditawarkan pada harga asas sebanyak RM 132,800.00, dalam dua pilihan warna seperti mana yang dapat dilihat dalam galeri gambar-gambar menariknya seperti di bawah.
Category: KTM
KTM RC 8C 2022 diperkenalkan, edisi terhad 100 unit, khusus untuk kegunaan di litar sahaja
KTM memperkenalkan jentera perlumbaan terbaharu KTM RC 8C 2022, dalam jumlah terhad 100 unit sahaja. Menurut laporan daripada laman Asphalt & Rubber, model yang hanya dikhususkan untuk kegunaan di litar itu boleh dimiliki dengan harga $ 38,999.00, bersamaan nilai RM 165,063.27 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 12,888.00
KTM Malaysia pada tarikh 27hb. Mac 2021 baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model naked terbaharu KTM 200 Duke 2021. Tampil dengan dua skim warna jingga dan putih, model tersebut kini ditawarkan pada harga asas sebanyak RM 12,888.00, sedikit tinggi berbanding harga asas RM 11,888.00 yang ditawarkan untuk model terdahulu.
KTM 1290 Super Adventure R 2021 diperkenalkan, bersedia untuk aksi kembara tanpa batasan
KTM baru-baru ini rasmi memperkenalkan model kembara terbaharu KTM 1290 Super Adventure R 2021, yang dikatakan mampu merentas laluan paling sukar dan paling mencabar. Model ini merupakan versi yang lebih ekstrem berbanding model KTM 1290 Super Adventure S 2021 yang diperkenalkan pada bulan Januari 2021 yang lepas.
KTM 1290 Super Adventure S 2021 diperkenalkan, dilengkapi teknologi lebih canggih dan prestasi lebih sporty
KTM baru-baru ini memperkenalkan model kembara terbaharu KTM 1290 Adventure S 2021, yang kini dilengkapi teknologi lebih canggih dan prestasi yang lebih sporty. Ianya merupakan generasi ketiga KTM Adventure bagi model 1,000cc ke atas, tampil dengan aspek kembara serba boleh dan tahap keselesaan tertinggi untuk setiap perjalanan.
KTM 200 Duke 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, berwajah baharu dengan enjin bertaraf Euro 5
Salah sebuah model naked keluaran KTM yang ditawarkan di pasaran Malaysia ialah KTM 200 Duke. Bagaimanapun model tersebut masih mengekalkan gaya rekaan dan penampilan terdahulu yang boleh dikatakan bertaraf old school. Di pasaran luar negara termasuk Eropah, model tersebut kini tampil dengan gaya rekaan yang terkini.






