Sempena sambutan ulangtahun yang ke-40 untuk model BMW GS pada tahun ini, BMW Motorrad memperkenalkan model terbaharu BMW R 1250 GS 2020 dan BMW R 1250 GS Adventure 2020. Kedua-dua model tersebut masih mengekalkan enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254cc yang berprestasi dan patuh piawaian emisi Euro 5.
Category: BMW Motorrad
BMW M 1000 RR 2021 diperkenalkan, menawarkan prestasi tertinggi untuk litar dan jalan raya
BMW Motorrad memperkenalkan model terbaharu BMW M 1000 RR, atau singkatannya ialah BMW M RR. Diasaskan daripada model S 1000 RR, ianya menawarkan kuasa maksimum 212hp @ 14,500rpm dengan tork puncak 113Nm @ 11,000rpm. Kemasan warna putih, biru dan merah memberi isyarat jelas genetik pelumbaan BMW M RR.
Moto S450RR 2020 versi mampu milik BMW S1000RR
Untuk memiliki sebuah jentera supersport seperti BMW S 1000 RR pastinya memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 116,500.00 (tidak termasuk insuran). Namun apa pendapat anda jika terdapat versi yang lebih mampu milik pada harga sekitar hanya RM 10k?
BMW F 750 GS, BMW F 850 GS dan BMW F 850 GS Adventure 2021 diperkenalkan – “40 Years GS Edition”
BMW Motorrad baru-baru ini telah memperkenalkan trio BMW F 750 GS, BMW F 850 GS dan BMW F 850 GS Adventure 2021, dengan pilihan warna baharu dan beberapa kemaskini teknikal. Paling menarik ialah ketiga-tiga model tersebut didatangkan dalam pilihan warna “40 Years GS Edition”, melalui sentuhan warna hitam dan kuning.
BMW S 1000 XR 2020 kini di pasaran Malaysia
BMW Motorrad baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan model kembara berkuasa tinggi BMW S 1000 XR 2020 untuk pasaran Malaysia, pada harga sebanyak RM 121,500.00 (tidak termasuk kos insuran). Model tersebut didatangkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Racing Red / White Aluminium dan Ice Grey.
BMW S 1000 RR 2020 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 116,500.00
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan model supersport terbaharu BMW S 1000 RR 2020 untuk pasaran tempatan, pada harga RM 116,500.00 (tidak termasuk insuran). Untuk ketenangan fikiran pemiliknya, model tersebut turut didatangkan dengan tempoh jaminan dan program bantuan di jalanan selama 3 tahun.






