
Rasanya ramai peminat motosikal tahu… pengasas ZXMOTO, Zhang Xue memilih untuk menjual model supersport ZXMOTO 820RR di China.
Pengguna yang memiliki lesen kurang daripada setahun, motosikal itu tidak akan dijual kepada mereka (pengguna China).

Sebab apa? Zhang Xue sedar akan risiko menunggang motosikal berkuasa tinggi dan kemungkinan penunggang muda yang ‘teruja dan lupa diri’ boleh bawa kepada kejadian tidak sesiapa ingini.
Persoalan sekarang, ZXMOTO 820RR sudah dilancarkan di sini Ahad lalu dan adakah penunggang ‘muda baharu’ di Malaysia juga akan berdepan sekatan sama macam di China?
Zhang Xue menjawab soalan ini dengan menyatakan
“Di China, kami tidak mempunyai polisi klasifikasi lesen memandu. Sebab itu kami putuskan untuk mengenakan sekatan untuk penunggang baharu. Kami tidak benarkan jualan kepada mereka yang memiliki lesen memandu (pengalaman) kurang setahun di China.
“Di Malaysia, saya dapati kamu ada polisi klasifikasi lesen memandu. Jadi, kami merasakan ia adalah okay. Tidak perlu mengenakan syarat larangan. TAPI..kami tetap menasihati penunggang terutamanya penunggang muda harus menunggang dengan berhati-hati dan selamat.”
Artikel Berkaitan
- Zhang Xue ceritakan mengapa motosikal China dijual dengan harga rendah
- ZXMOTO 820RR: Supersport 3 silinder sebaris sudah tiba di Malaysia
- ZXMOTO 500RR: Bakal jadi sportbike popular kelas pertengahan di Malaysia?
- ZXMOTO 500F sertai pasaran Malaysia, bakal jadi model fenomena kelas 500cc?
- Mforce hantar staf jalani latihan teknikal selepas jualan di ZXMOTO China selama 4 hari
- ZXMOTO 500RR dan 500F lancar di Malaysia 13 September 2026 – Anggaran harga bawah RM30,000
- ZXMOTO 820RR lancar di Malaysia 13 September 2026 – Anggaran harga bawah RM40,000
