
Model streetfighter ZXMOTO 800R ada di Malaysia dan model ini ada dipamerkan sempena majlis pelancaran rasmi tiga model jenama China itu iaitu 500F, 500RR dan 820RR.
Model 800R ini ada buat penampilan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025 dengan seragam berwarna putih. Adakah model ini akan masuk Malaysia? Jawapannya, ya.

Tak banyak maklumat dikongsi tentang model ini untuk pasaran Malaysia, apa yang dipamerkan pada sekeping psoter A4 adalah informasi asas seperti berikut:
- Enjin jenis 3 silinder sebaris DOHC berkapasiti 818.8cc.
- Quickshifter dwi-arah.
- Ada stereng damper untuk hendal.
- Meter TFT. Lampu pencahayaan LED.
- Tangki minyak 18 liter.
Pun begitu, ada beberapa laman web di China berkongsi perincian mengenai streetfighter ini dan di bawah ini adalah maklumat dan laporan yang dipetik dari negara berkenaan:
- Ada dua warna pilihan untuk ZXMOTO 800R iaitu putih dan hitam.
- Enjin 3 silinder sebaris 818.8.cc DOHC 12 injap dengan sistem sejukan cecair dan minyak, serta sistem suntikna bahan api Bosch.
- Output kuasa 99kW @12,000rpm
- Tork 80Nm pada 9,500rpm
- Nisbah mampatan 13: 1.
- Ada lima mode tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan dua mode Custom.
- Tayar depan CST S7 saiz 120/70 dengan rim 17 inci.
- Tayar belakang CST S7 saiz 190/55 rim 17 inci.
- Fork depan jenis USD 43mm boleh laras sepenuhnya.
- Monoshock belakang multi-link boleh laras.
- Brek depan cakera berkembar 320mm kaliper Taisko 4-piston, ada ABS.
- Brek belakang tunggal 220mm kaliper Taisko, ada ABS.
- Dimensi panjang 2,050mm, lebar 805mm dan tinggi 1,135mm.
- Sudut stereng 30ยบ.
- Jarak bumi 155mm.
- Jarak roda 1,420mm.
- Tinggi tempat duduk 825mm.
- Tangk minyak 18 liter.
- Berat kasar 188kg.
- Menggunakan sistem tanpa kunci.
- Meter digital TFT.
- Ada Kawalan Jelajah.























