Pilih Mana Satu: Skuter MODA Shifter 400X atau ARIIC 318GT

MODA Shifter 400X (2025) dilancarkan pada minggu terakhir Julai lalu. Kalau dilihat pada segmennya, bukan satu laluan yang mudah.

Sebabnya, dalam kategori skuter kelas 300 hingga 400cc, MODA Shifter 400X kena bersaing dengan skuter berjenama Jepun, Eropah dan juga China.

Antara yang boleh disenaraikan ialah Honda ADV350, QJMOTOR Fort 350, BMW C400 X dan ARIIC 318 GT.

Untuk berlaku lebih adil, apa kata bandingkan MODA Shifter 400X dengan rakan senegaranya dan usia produk di pasaran Malaysia. Kami nampak ARIIC 318 GT ialah ‘kawan’ paling sesuai.

MODA Shifter 400X

MODA Shifter 400X

PERBANDINGAN MODEL CHINA

MODA Shifter 400X dan ARIIC 318 GT ialah dua skuter yang ada DNA dari China dan memasuki pasaran kita bermula tahun ini.

MODA Shifter 400X dikatakan ada kembar di China dengan nama Dayang Vorei ADV350. ARIIC kekal nama sama seperti di China.

Harga Mana Satu Lebih Rendah

Secara jujur, persaingan harga amat ramat antara dua model ini tetapi  harga badan yang diumumkan untuk ARIIC 318GT adalah lebih rendah berbanding MODA Shifter 400X.

Harga ini tidak termasuk insurans, nombor pendaftaran dan pendaftaran untuk kedua-dua skuter ARIIC dan MODA. Ini perbandingan harga badannya:

  • ARIIC 318 GT:  RM22,888
  • MODA Shifter 400X: RM23,888
    • Beza: RM1,000

Berapa Pilihan Warna

  • ARIIC 318GT ada tiga pilihan warna yang bertona gelap iaitu Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey.
  • MODA Shifter 400X hadir dengan dua pilihan sahaja iaitu Ninja Black dan Ultra White (putih biru).

Perbandingan Spesifikasi

MODA Shifter 400 XARIIC 318 GT
EnjinSilinder tunggal SOHC 4-injap Silinder tunggal SOHC 4-injap
Kapasiti333cc330cc
Kuasa maksimum29.1hp @ 7,000rpm 27.6hp @ 7,000rpm
Tork maksimum33.5Nm @5,500rpm30.8Nm @ 5,500rpm
Bore x Stroke77.0mm x 70.8mm
Nisbah mampatan11 : 110.5:1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearAutomatikAutomatik
Suspensi depanFork teleskopikFork teleskopik
Suspensi belakangAbsober berkembar, subtankAbsober berkembar
Tayar depan120/70-14120/70-14
Tayar belakang150/70-13150/70-13
Brek depanCakera tunggal 276mmCakera berkembar 260mm
Brek belakangCakera tunggal 240mmCakera tunggal 240mm
Panjang2,306mm2,215mm
Lebar820mm780mm
Tinggi1,343mm1,395mm
Jarak dari bumi165mm145mm
Jarak roda1,548mm1,540mm
Tinggi tempat duduk775mm790mm
Tangki minyak13.1 liter16 liter
Berat208kg208kg
Bonus- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Ada USB
- Penghadang angin (manual)
- Ada dashcam depan-belakang
- Brek ABS depan-belakang
- Ada Traction Control
- Meter digital
- Sistem keyless
- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Ada USB Type A dan C.
- Penghadang angin elektrik
- Ada dashcam depan
- Brek ABS depan-belakang
- Meter digital TFT
- Sistem keyless PKE
- Ada TPMS
- Ada kekunci tuil brek
- Ruang bawah pelana cukup besar