Skuter QJMOTOR Fort 350 sudah ada di Malaysia semenjak enam bulan lepas dan baru-baru ini, skuter maxi ini dapat dua warna pilihan baru – White dan Space Silver.
Semasa dilancarkan MForce Bike Holding pada 22 Mei 2024, skuter QJMOTOR datang dengan warna Gold dan Matte Black dan sekarang skuter ini ada 4 warna untuk dipilih.
Enjin QJMOTOR Fort 350 bersesaran 350cc (1-cylinder, SOHC, 4-valve, liquid-cooled) dengan transmisi CVT menawarkan kuasa maksimum 33.8hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 35.2Nm @ 6,000rpm.
Untuk perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya berkapasiti 14 liter. Spesifikasi lain seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek cakera depan berkembar, saiz roda 120/70-R15 (depan) dan 150/70-R14 (belakang), dan ketinggian tempat duduk 775 mm.
Selain itu ianya juga dilengkapi skrin penghadang angin boleh laras elektrik, ABS Dual Channel, sistem penghidup keyless dengan kad tanpa wayar yang menggunakan teknologi NFC, sistem lampu LED, panel meter TFT 7.0 inci dengan sambungan Bluetooth, port pengecas USB, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), dan juga terdapat kamera dashcam di bahagian depan.
Ruang simpanan tidak dilupakan, apabila ianya mempunyai dua ruang glove box di bahagian depan dan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk. Beratnya 195 kg.