MODA Shifter 400X akan lancar esok, harga badan bawah RM30,000?

Satu lagi model skuter MODA akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi. Model ini ialah MODA Shifter 400X dan akan bersaing dalam kelas skuter pertengahan.

Model pertama MODA ialah Sporter S dan diluncurkan awal tahun ini. MODA ialah jenama yang diuruskan Mdua Motor Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI).

Sebenarnya, ini bukan kali pertama MODA Shifter 400X muncul depan di tempat awam. Sudah dua kali bermula dengan MotoGP Malaysia (SIC Sepang) pada 2023 dan di Malaysia Autoshow 2025 (Maeps Serdang).

Skuter MODA Shifter 400X ini macam ada kembar di pasaran lain. Kalau tak silap, kembar Shifter 400X ini dipanggil Dayang Vorei ADV350 di China dan Bristol Maxie 400 di negara lain.

Apa yang ada pada MODA Shifter 400X ini? Mari kita tengok data teknikalnya (spesifikasi):

  • Enjin 4 strok silinder tunggal 333cc 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa maksimum 29.1hp @ 7,000rpm.
  • Tork puncak 33.5Nm @5,500rpm.
  • Transmisi automatik
  • Kelajuan maksimum 138km/j.
  • Brek cakera tunggal 276mm depan.
  • Brek cakera tunggal 240mm belakang.
  • Ada sistem brek ABS depan-belakang.
  • Ada Sistem Kawalan Traksi (Traction Control – TCS).
  • Tayar depan 120/70-14.
  • Tayar belakang 150/70-13.
  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
  • Tangki minyak 13.1 liter.
  • Dua warna pilihan putih dan hitam.
  • Ada kamera dashcam depan belakang