Honda ADV350 (2025) versi naik taraf akan lancar Ogos 2025, harga badan masih RM33,999

Boon Siew Honda umum skuter Honda ADV350 (2025) versi dipertingkat dengan beberapa perubahan baru untuk pelanggan Malaysia.

Tapi skuter ini belum ada di kedai sekarang. Informasi dikatakan model ini hanya akan ada di kedai-kedai Honda BigWing bermula tengah bulan Ogos 2025.

Harga badan tak ubah dan masih kekal pada RM33,999 tapi belum kira insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

4 Benda Baru Pada Honda ADV350 (2025)

Honda ADV350 dilancarkan di Malaysia semasa Malaysia Autoshow 2024 dan model skuter tahun 2025 ini dapat perubahan 4 benda seperti di bawah ini:

  • Meter TFT 5 inci berwarna dan disatukan dengan teknologi Honda RoadSync. Sekarang penunggang boleh urus panggilan telefon, muzik dan navigasi guna sambungan Bluetooth.
  • Ada lampu dalam tempat simpan barang bawah tempat duduk. Sekarang sudah ada pencahayaan dalam ruangan 48 liter itu.
  • Lampu signal akan padam sendiri secara automatik sejurus selesai membelok.
  • Absober subtangki belakang sekarang boleh dilaras prabeban spring (spring preload).

Honda ADV350 Dapat Warna Baru

  • Honda ADV350 tahun 2024 ada tiga warna disediakan iaitu Mat Gun Powder Black Metallic (hitam), Pearl Smokey Gray (kelabu) and Mat Candy Tulip Red (merah).
  • Untuk model Honda ADV350 (2025), Boon Siew Honda sediakan tiga warna iaitu Moscato Red Metallic (merah), Matte Pearl Agile Blue (biru) dan Matte Gun Powder Black Metallic (hitam).

Honda ADV350 (2025) masih mengekalkan enjin sama macam model sebelum ini dan begitu juga aspek teknikal (spesifikasi) lain. Ini antara ciri yang menarik untuk Honda ADV350:

  • Visor penghadang angin boleh dilaras 4 tahap dengan jarak travel 133mm.
  • Ruang simpanan barang bawah tempat duduk sebesar 48 liter dan boleh muat 2 helmet muka penuh.
  • Ada soket USB-C dalam glove box.
  • Tempat duduk setinggi 795mm.
  • Ada Emergency Stop Signal (ESS).
  • Ada brek depan-belakang dengan sistem ABS.
  • Fork depan sama jenis USD 37mm dengan travel 125mm.
  • Ada Honda Selectable Torque Control (HSTC) dua tahap.
  • Dilengkapi Honda Smart Key.
  • Enjin 330cc enhanced Smart Power+ (eSP+) SOHC satu silinder, hasilkan kuasa 21.5kW @ 7,500rpm dan tork 31.8Nm @ 5,250rpm.