Modenas Z15GT (2026) terima 7 ciri naik taraf untuk selesaikan isu sedia ada

Anak syarikat DRB-Hicom iaitu Modenas akhirnya memperkenalkan supermoped kebangsaan Modenas Z15GT versi dipertingkat untuk tahun 2026.

Versi dipertingkat ini nampaknya menumpukan kepada dua perkara utama iaitu perubahan warna dan penambahbaikan mengatasi permasalahan yang membelenggu para pemilik Z15GT.

Nampaknya tema warna Modenas Z15GT untuk tahun ini adalah rona hijau kerana dua pilihan warna diumumkan ialah Lime Green (hijau Kawasaki) dan Amazon Green. Harga badan masih RM8,288.

Untuk aspek ‘memulihkan’ permasalahan Z15GT, Modenas menyatakan ada tujuh perkara yang mereka lakukan.

Ketujuh-tujuh perubahan ini adalah sama seperti dilakukan semasa kempen panggilan balik yang dikenali sebagai Z15GT Care Programme yangdilanjutkan tempoh sehingga 31 Oktober ini.

Ini tujuh pendekatan diambil Modenas sebagai maklum balas terhadap isu-isu yang dihadapi Modenas Z15GT.

  • Penambahbaikan sistem saliran takungan untuk dulang limpahan
  • Tambahan perlindungan salutan dan bahan kedap untuk suis tombol penghidup
  • Semak semula rekaan bolt penutup dan pengapit injektor
  • Garis penunjuk paras rendah pada tuas brek depan
  • Tambah baik kemasan pemasangan penutup panel sisi
  • Tambahan penutup soket untuk elak abah-abah pendawaian (wire-harness) terdedah kepada air
  • Rawatan perlindungan untuk titik pateri unit suis kiri dan kanan

Artikel Berkaitan Modenas Z15GT (2026)

Gambar Modenas Z15GT Edisi 2026