
Boon Siew Honda (BSH) sudah mula mempromosikan hebahan penyertaan mereka dalam acara pameran motosikal terbesar Malaysia Bike Show 2026 yang akan bermula 29 Mei ini.
Poster yang mereka kongsikan di media sosial sudah ada satu mesej tarikan iaitu ….
‘Sesuatu yang menarik bakal tiba….’
Timbul beberapa persoalan…
- Adakah Boon Siew Honda akan mengetengahkan model-model baharu bawah 250cc atau 500cc?
- Atau meneruskan trend sama di Malaysia Bike Show 2025 dengan pelancaran jentera kapasiti besar?
Jangkaan kami… mungkin Boon Siew Honda akan kembali memberi fokus kepada motosikal dan skuter untuk kelompok pengguna lebih ramai iaitu bawah 250cc. Antara model yang kami jangka buat penampilan ialah:
- Honda ADV160 dengan RoadSync
- Honda Winner R
Mungkin ada lebih tetapi rasanya, sekurang-kurangnya dua model ini sudah sepatutnya berada di pasaran Malaysia beberapa bulan lalu.
Apapun, Boon Siew Honda sudah tentunya lebih mengenali pasaran mereka…..
Artikel Berkaitan:
- Perbandingan: Apa beza Honda Winner R (2025) dan Honda Winner X (2024) di Vietnam?
- Honda ADV160 RoadSync (2026): Skuter dengan perubahan baru lancar di Thailand, siap ada Black Edition
- Honda ADV160 (2026) dengan RoadSync masuk Jepun bulan ini, anggaran harga RM13,600
- Honda Click 125 (2026): Dua varian V4 wajah baharu diperkenalkan di Filipina, ada soket USB dan ISS

