Perbandingan: Apa beza Honda Winner R (2025) dan Honda Winner X (2024) di Vietnam?

Vietnam menjadi negara pertama di rantau Asean memperkenalkan supermoped Honda Winner R (2025) yang menggantikan model Winner X yang di pasaran mereka.

Ada tiga varian Honda Winner R (2025) ditawarkan iaitu versi Standard, Special Edition dan Sport Version. Mari kita lihat apa yang kehebatan Honda Winner R (2025).

3 VARIAN, 3 HARGA

Harga badan untuk Honda Winner R (2025) termasuk cukai VAT 10 peratus di Vietnam ialah:

  • Standard: VND46,160,000 (anggaran RM7,339)
  • Special: VND50,060,000 (anggaran RM7,959)
  • Sport: VND50,560,000 (anggaran RM8,039)

7 WARNA HONDA WINNER R (2025)

Ada tujuh warna pilihan dan terbahagi mengikut varian Honda Winner R (2025) di Vietnam.

Varian asas atau dipanggil Honda Winner R (2025) Standard didatangkan dengan dua warna badan dengan grafik badan yang benar-benar menghiasi bahagian sisi.

  • Standard: Red Black dan Black Silver

Varian pertengahan iaitu Honda Winner R (2025) Special ada warna pilihan terbanyak iaitu empat dan menampakkan sifat lebih premium berbanding Winner R Standard.

Warna badan nampak mewah dan logo Winner R jenis emblem menonjol di bahagian tepi badan.

  • Special:  Blue Black, Red Black, Gray Black dan Black

Varian perdana (tertinggi) Honda Winner R (2025) Sport hanya ada satu warna pilihan dipanggil merah hitam dan menjadi cerminan seragam kecil superbike Honda CBR1000RR-R Fireblade SP.

  • Sport: Red Black

APA KELEBIHAN SPORT, SPECIAL BANDING STANDARD?

Honda Winner R (2025) versi Sport dan Special ada beberapa kelainan berbanding model asas Winner R (2025) Standard seperti:

  • Menggunakan rantai jenis O-Ring.
  • Soket USB Type-A.
  • Ada Sistem Brek AntiKunci (ABS) untuk roda depan sahaja.
  • Tempat duduk dua warna.
  • Selebihnya ialah warna badan, emblem dan hiasan grafik.

APA YANG BARU – HONDA WINNER R (2025) vs HONDA WINNER X (2024)?

Jawapan jujur kami boleh berikan ialah… lebih banyak fokus diberi untuk transformasi imej Winner X jadi Winner R.

Perubahan lebih tertumpu kepada mengubah bentuk badan Honda Winner R (2025) dengan penggunaan reka bentuk panel badan baru.

HONDA WINNER X (2024) and HONDA WINNER R (2025)

Di sebalik panel-panel badan lebih moden itu, apa yang kru kami boleh sifatkan ialah….’elemen atau ciri yang ada pada Winner X dan Winner R nampaknya sama’.

Huruf X ditukar kepada R untuk menggambarkan maksud R sebagai Racing.

Reka bentuk bahagian depan seolah-olah menjalani 80 peratus transplan wajah sportbike CBR1000RR-R. Lampu LED menggunakan teknologi lampu kristal untuk menambah baik kadar pencahayaan.

Anda boleh lihat perbandingannya di bawah ini:

Bahagian belakang juga diubah, dikatakan lebih ramping.

Balutan tempat duduk kini dua warna. Tapi ini nampaknya untuk versi pertengahan (Special) dan perdana (Sport).

HONDA WINNER X (2024) and HONDA WINNER R (2025)

Saiz motosikal Winner R

Enjin dan kotak gear? Apa yang boleh disimpulkan ialah enjin masih sama model Winner X di Vietnam.

SPESIFIKASI HONDA WINNER R (2025)

  • Enjin silinder tunggal 149.2cc DOHC 4-injap dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair.
  • Kuasa maksimum: 11.5kW (15.4hp) @ 9,000rpm
  • Tork puncak: 13.5Nm @ 7,000rpm
  • Gerek x lejang: 57.3mm x 57.84mm
  • Nisbah mampatan: 11.3:1
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri klac Assist & Slipper
  • Fork teleskopik (depan), absober monoshock (belakang)
  • Panjang: 2,013mm
  • Lebar: 725mm
  • Tinggi: 1,075mm
  • Jarak roda: 1,277mm
  • Jarak dari bumi: 153mm
  • Tinggi tempat duduk: 795mm
  • Berat: 124kg (varian Standard 123kg)
  • Radius pusingan minimum: 1.9 meter
  • Tangki minyak: 4.5 iter
  • Tayar depan: 90/80-17
  • Tayar belakang: 120/70-17