
Kami baru terima maklumat bahawa MForce Bike Holdings (MForce) sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan satu skuter terbaharu tidak lama lagi.
Apa yang membuatkan model ini bakal diperkatakan ialah soal harganya. Skuter kelas 150cc tetapi dijual pada harga lebih rendah berbanding beberapa skuter 125cc (baharu dan sedia ada) di pasaran Malaysia.
Bukan pelik atau mustahil kerana MForce pernah memperkenalkan skuter kelas 150cc dengan harga tak masuk akal iaitu WMOTO Island 150 dengan harga RM6,688 pada awal Februari lalu.
Ciri-ciri, prestasi dan teknologi pada skuter baharu itu boleh dikatakan setanding atau mungkin lebih baik berbanding beberapa model skuter dalam kategori sama.
Malah skuter baharu ini ada beberapa ciri menarik, salah satunya ialah kapasiti tangki bahan apinya yang agak besar.
Khabarnya, kapasiti tangki minyak skuter baharu MForce lebih besar daripada beberapa skuter jenama Jepun 250cc hingga 350cc….. malah menyamai apa yang digunakan skuter kelas 550cc?
Itu kita kena tunggu pengumuman rasmi daripada pihak MForce. Khabarnya pelancaran akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Malah poster iklan sudah ditayangkan.
Bukan itu sahaja, ada pihak sudah mendaftar grup Facebook dengan nama model tersebut…. Laju kumpulan pengedar motor ini buat kerja ya….
ARTIKEL BERKAITAN
- WMOTO Island 150 (2026): Skuter bandar serba moden diperkenalkan di Malaysia, harga badan RM6,688
- WMOTO Malaysia tunggu masa lancar skuter baharu, nekad kuatkan lagi segmen automatik?
- WMOTO Hawk 200 (2026): Scrambler 200cc masuk Malaysia, harga badan bawah RM8,000
- Cruiser WMOTO Bobbie 450S (2025) masuk Malaysia, harga badan RM19,888
- Cerita Gambar: Apa yang ada pada WMOTO Cruiser AMT 125 (2025)?
- WMOTO Bobbie VII Side Car (2025) dibuka tempahan, 100 unit pertama ada harga promosi special RM46,888
- WMoto SX2-300 khusus untuk peminat jentera off-road di Malaysia

