Moto Morini ALLTRHIKE 450 akhirnya tiba di Malaysia, harga badan RM28,888

Penantian untuk Moto Morini ALLTRHIKE 450 masuk pasaran Malaysia nampaknya sudah berakhir.

Model motosikal adventure kategori pertengahan ini mula memasuki ruang pameran rangkaian pengedar MForce Bike Holdings (MForce) di seluruh negara.

Cerita tentang kedatangan Moto Morini ALLTRHIKE 450 pernah kami kongsikan seawal pertengahan April 2025 sebelum pengumuman rasminya pada November lalu.

Berapa harga Moto Morini ALLTRHIKE 450?

Moto Morini ALLTRHIKE 450 ditawarkan pada harga badan RM28,888, tidak termasuk cukai jalan, kos pendaftaran dan insurans.

Berapa pilihan warna Moto Morini ALLTRHIKE 450?

Moto Morini ALLTRHIKE 450 hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Earth Grey, Stone Black dan Brave White.

Jangan tak tahu Moto Morini ALLTRHIKE 450

Moto Morini ALLTRHIKE 450 didatangkan bersama dua kotak sisi (34 liter kiri dan 30 liter kanan) dan satu kotak atas 39 liter.

Ada juga gard pelindung tangan dan palang pelindung enjin sebagai kelengkapan standard.

Spesifikasi Moto Morini ALLTRHIKE 450

Moto Morini ALLTRHIKE 450 (Malaysia)
Enjin2 silinder sebaris, DOHC, 8 Injap
Kapasiti449cc
Kuasa maksimum33kW @ 8,000rpm (44.3hp)
Tork maksimum42Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke72mm x 55.2mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik USD Kayaba 41mm boleh laras
Suspensi belakangMonoshock Kayaba boleh laras
Tayar depan90/90 - 21
Tayar belakang140/70 - 18
Brek depanCakera 320mm, kaliper 4 piston J.JUAN
Brek belakangCakera 255mm, kaliper J.JUAN
Panjang2,285mm
Lebar855mm
Tinggi1,350mm
Jarak dari bumi215mm
Jarak roda1,525mm
Tinggi tempat duduk840m
Tangki minyak18.5 liter
Berat kering-
Bonus- Ada ABS dwi-saluran dan boleh dinyah aktif untuk off-road.
- Rim spokes
- Ada hand guard dan engine guard.
- Ada tongkat berkembar.
- Meter digital
- Ada sistem navigasi
- Ada port USB

Galeri gambar Moto Morini ALLTRHIKE 450