
WMOTO Malaysia bukan hanya akan lancar scramber / dwi-kegunaan baru tetapi juga menambah satu lagi model skuter ke pasaran kita.
Dalam portfolio WMOTO di Malaysia, skuter adalah rangkaian produk terbesarnya dengan 10 model ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Model terbaharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ini dipercayai tergolong dalam segmen bawah 250cc. WMOTO Malaysia juga sudah memberi bayangan menerusi hashtag #RideTheIsland dalam kapsyen gambar di Facebook.
Beberapa peminat sudah boleh menjangkakan model apa yang dimaksudkan itu, dengan sebilangan meneka tepat.
Cuma, berapa kapasiti enjin itu masih menjadi tanda soal. Adakah 160cc seperti di Indonesia atau lebih rendah… mungkin juga lebih tinggi?
ARTIKEL BERKAIT WMOTO MALAYSIA
- Cruiser WMOTO Bobbie 450S (2025) masuk Malaysia, harga badan RM19,888
- Apa ada pada skuter terbaru WMOTO Nexy+ 180 (2025), harga badan RM8,988
- Selain Nexy 180i, WMOTO Malaysia ada satu lagi model Bobbie untuk pasaran tempatan?
- WMOTO EZ125i (2025) lancar dengan 4 warna pilihan, harga badan dari RM4,588
- WMOTO Bobbie VII Side Car (2025) dibuka tempahan, 100 unit pertama ada harga promosi special RM46,888
- WMoto SM125i 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 5,888.00
- WMoto RT1 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 9,888.00
- WMoto RT2 2024 dilancarkan di Malaysia, harga asas RM 16,888.00
- WMoto RT3S (N1) 2023 kini dilengkapi Dashboard Camera
