WMoto SX2-300 khusus untuk peminat jentera off-road di Malaysia

Untuk peminat motosikal di dalam segmen off-road atau scrambler, WMoto Malaysia pada tahun 2022 yang lalu dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu WMoto SX2-300.

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan untuk model sporty dan lasak tersebut, iaitu Merah, Putih dan Hitam. Harga jualan asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 18,888.00 sahaja.

WMoto SX2-300 dilengkapi enjin bersesaran 292.4cc (4-lejang, silinder tunggal, SOHC, 4-injap, sejukan cecair), seterusnya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai 28hp @ 9,000rpm dengan tork puncak 25Nm @ 6,500rpm.

Melengkapkan spesifikasi model tersebut ialah tangki bahan api 11 liter, fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang bersaiz 90/90-19 dan 110/90-17, dan sepasang tayar jenis dual-purpose.

Selain itu WMoto SX2-300 ini turut dilengkapi paparan panel meter digital LCD, port pengecas USB, pengadang tangan (handguard), tempat duduk yang ergonomik pada ketinggian 900 mm, lampu belakang jenis LED, dan jarak kelegaan tanah 285 mm. Berat keringnya 151 kg.

Diedarkan oleh MForce Bike Holdings, tempoh jaminannya ialah selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan. Turut tersedia ialah khidmat jualan alat ganti tulen secara di atas talian.