WMOTO Island 150 (2026): Skuter bandar serba moden diperkenalkan di Malaysia, harga badan RM6,688

WMOTO Island 150 (2026) ialah skuter urban terbaharu diperkenalkan ke pasaran Malaysia, harga badannya cuma RM6,688.

Skuter ini adalah produk ke-11 memakai lencana WMOTO yang dijual di pasaran tempatan. Di Indonesia, model ini dikenali sebagai LETBE Island 160 dengan kapasiti enjin berbeza.

WMOTO Island 150 didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Aura Black (hitam), Action Blue (biru) dan Prime Grey (kelabu).

Model WMOTO ini memiliki beberapa ciri moden dan teknologi keselamatan yang dijangka mampu menarik minat ramai pencari skuter.

Reka bentuk keseluruhan model ini dari wajah hadapan hingga ke bahagian belakang meletakkan sekelas dengan produk berjenama Jepun. Tak nampak macam produk China.

Sistem pencahayaan berasaskan diod LED siap ditambah lampu siang (DRL) berbentuk huruf Y terbalik di kiri dan kanan lampu depan. Lampu signal juga LED dan diposisikan di bahagian hujung-bawah lampu utama.

Kedudukan penunggang diyakini lebih stabil kerana pelana skuter ini dibalut dengan material kesat (anti-gelongsor) dibantu dengan adanya lantai pemijak kaki lebar dan rata (flat floor).

Tugas membrek digalas brek cakera di roda depan dan belakang, masing-masing menggunakan kaliper jenama Nissin. Tambahan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2-saluran meningkatkan lagi keselamatan semasa membrek.

Bukan itu sahaja, skuter WMOTO Island 150 juga didatangkan dengan teknologi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) sebagai tambahan ciri keselamatan.

Ciri moden lain ialah adanya Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS), suis keselamatan tongkat sisi, meter digital berwarna, soket USB Type A dan Type C serta sistem kemasukan tanpa kunci (keyless).

Spesifikasi penuh skuter ini ada di bawah sekali (selepas galeri gambar)

GALERI GAMBAR

SPESIFIKASI WMOTO ISLAND 150

WMOTO Island 150
Enjin1 silinder, 4-lejang
Kapasiti150cc
Kuasa maksimum15.64hp @ 8,500rpm
(11.5kW)
Tork maksimum14.2Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke-
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT
Suspensi depanFork teleskopik
Suspensi belakangAbsober berkembar
Tayar depan110/70 - 14
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera, ABS
Brek belakangCakera, ABS
Panjang1,940mm
Lebar745mm
Tinggi1,130mm
Jarak dari bumi136mm
Jarak roda1,315mm
Tinggi tempat duduk764mm
Tangki minyak9 liter
Berat137kg
Bonus- Ada Brek ABS
- Lampu LED
- Meter digital