
Satu lagi model motosikal yang nampak menarik ialah QJMOTOR Tourino 250DX (2026) yang diperkenalkan sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) baru-baru ini.
QJMOTOR Tourino 250DX bukannya suatu jentera serba baharu kerana model ini ada kembar di pasaran global iaitu QJMOTOR SRT300. Pun begitu kedua-dua model ada sedikit perbezaan.
QJMOTOR Tourino 250DX dilihat ada potensi menarik minat pembeli disebabkan tiga elemen utama iaitu harga, rupa bentuk dan ciri yang ada pada model tersebut.
Harga diumumkan untuk QJMotor Tourino 250 DX ialah Rp 49,990,000 (RM11,565).
Perlu diakui…. bukan mudah untuk Tourino 250DX mencabar dominasi Honda CRF250 Rally. Namun tidak bermaksud model QJMOTOR itu tidak mengganggu ‘keselesaan’ Honda.
Ada yang mendakwa Tourino 250DX cuba mengikut rekaan Honda Africa Twin terutamanya membabitkan lampu utama berkembar jenis LED berbentuk bulat.
Ada juga teori mendakwa Tourino 250DX menerapkan gaya hampir sama dengan Africa Twin dengan aplikasi fairing separa, bentuk frem dan juga rim jejari.
Namun, dua model motosikal ini memiliki karakter tersendiri.
- CRF250 Rally: Lebih ke arah motosikal dwi-kegunaan dan tiada masalah ke off-road.
- Tourino 250 DX: Lebih fokus kepada jelajah kembar (adventure touring) tapi boleh layan off-road ringan.
CIRI MENARIK QJMOTOR TOURINO 250DX
- Fork terbalik (USD) dengan monoshock multi-link
- Sistem brek ABS depan belakang yang boleh dipadamkan
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Tangki minyak 13 liter
- Meter boleh disambung dengan telefon pintar
SPESIFIKASI QJMOTOR TOURINO 250DX
| QJMOTOR Tourino 250DX | |
|---|---|
| Enjin | 1 silinder, DOHC |
| Kapasiti | 249cc |
| Kuasa maksimum | 19kW @ 9,000rpm (25.5hp) |
| Tork maksimum | 21Nm @ 7,000rpm |
| Bore x Stroke | 72mm x 61.2.0mm |
| Nisbah mampatan | - |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | 6 kelajuan |
| Suspensi depan | Fork USD |
| Suspensi belakang | Monoshock |
| Tayar depan | 90/90 - 19 |
| Tayar belakang | 130/80 - 17 |
| Brek depan | Cakera 300mm |
| Brek belakang | Cakera 260mm |
| Panjang | 2,180mm |
| Lebar | 935mm |
| Tinggi | 1,420mm |
| Jarak dari bumi | 225mm |
| Jarak roda | 1,400mm |
| Tinggi tempat duduk | 830mm |
| Tangki minyak | 13 liter |
| Berat | 152kg |




















