WMoto RT2 2024 dilancarkan di Malaysia, harga asas RM 16,888.00

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. hari ini rasmi melancarkan model skuter terbaharu WMoto RT2 2024 untuk pasaran Malaysia. Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 16,888.00 sahaja (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan), yang boleh dikatakan berpatutan.

WMoto RT2 2024 tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Metallic Gold, Pure White dan Majestic Black. Enjinnya pula bersesaran 246.9cc (silinder tunggal, 4-lejang, penyejukan cecair) dengan keluaran maksimum 22.8hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 22.5Nm @ 6,000rpm.

Pelbagai spesifikasi menarik yang melengkapinya ialah seperti sistem kunci pintar, panel meter TFT dengan paparan TPMS (Sistem Monitor Tekanan Tayar), sistem lampu LED, lampu suis, butang lampu kecemasan, ruang simpanan hadapan dengan port pengecas USB, ruang simpanan di bawah tempat duduk dengan port pengecas USB, dan tangki bahan api 12 liter.

WMoto RT2 2024 seterusnya dilengkapi sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, kerangka kotak simpanan belakang (berat maksimum 5 kg), cermin penghadang angin boleh laras, dan paling menarik ialah ianya juga dilengkapi dengan kamera papan pemuka (dashcam) depan dan belakang. Jarak kelegaan tanah berada pada angka 135 mm, manakala beratnya 183 kg.

Dengan setiap pembeliannya, WMoto RT2 2024 ini ditawarkan tempoh jaminan selama 2 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had, untuk ketenangan minda pemiliknya. Selain itu turut tersedia ialah perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara di atas talian oleh pihak MForce Bike.