WMOTO Malaysia tayang poster kedatangan scramber baru?

WMOTO Malaysia sudah memulakan kempen tahun 2026 dengan memberi gambaran kedatangan beberapa produk baharu. Salah satunya dipercayai motosikal scrambler atau dwi-kegunaan.

Ini disandarkan kepada maklumat dan dua imej yang dikongsi mereka di Facebook menunjukkan sebuah motosikal di atas permukaan jalan tidak berturap atau off-road.

Buat masa ini, WMOTO Malaysia ada sebuah model scrambler di pasaran Malaysia iaitu SX2-300 yang dilancarkan pada tahun 2022.

Melihat pada segmen 250cc dwi-kegunaan tempatan, nampaknya persaingan mungkin akan  jadi lebih sengit dengan kedatangan model baharu WMOTO ini dan juga CFMOTO 250 Dual Lite.

Jika harga CFMOTO 250 Dual Lite ini diumumkan bawah RM10,000, sudah tentu harga untuk scramber terbaharu WMOTO jauh lebih rendah dari itu. Yang pasti, pengguna akan dapat nikmati tawaran harga yang cukup mampu dimiliki pelbagai lapisan peminat.

Pelancaran akan berlangsung dalam masa amat terdekat, kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti….