VOGE CU625 Automatic (2025): Cruiser China dengan gear AMT lebih canggih, siap ada Mod Creep

VOGE menyertai saingan cruiser dengan transmisi automatik dengan mengumumkan rancangan menawarkan model VOGE CU625 Automatic di China.

Pengumuman dibuat pada pertengahan bulan ini dan harga rasmi VOGE CU625 Automatic ialah RMB 27,980 (anggaran RM15,903). Diskaun RMB 1,000 (RM568) diberi kepada pembeli awal.

MENGAPA VARIAN VOGE CU625 AUTOMATIK?

Salah satu sebab varian automatik ini diperkenalkan adalah respons positif yang diterima untuk CU625 selepas mencatat jualan terkumpul 10,000 unit sejak pelancarannya pada Mei 2025.

WARNA VOGE CU625 AUTOMATIK

Voge CU625 Automatic didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Black dan Gray dengan mengekalkan karakter reka bentuk maskular untuk sebuah motosikal cruiser.

ENJIN VOGE CU625 AUTOMATIK

Enjin yang digunakan iaitu dua silinder konfigurasi V-Twin (KEV600) berkapasiti 578cc yang menghamburkan kuasa 45kW (60hp) @ 8,500rpm dan tork puncak dinikmati pada 61Nm @ 5,500rpm.

Sistem kotak gear digunakan jenis AMT 6-kelajuan yang dibantu dua komponen utama iaitu Unit Kawalan Enjin (ECU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU). Cruiser ini juga dilengkapi tuil gear tangan dengan respons masa syif sepantas 120 milisaat.

KOTAK GEAR LEBIH CANGGIH?

Model VOGE CU625 Automatic adalah cruiser pertama dalam industri yang menggunakan sistem kotak gear AMT dengan binaan dalam ciri mode creep.

Mod ini membantu motosikal bergerak secara perlahan-lahan walaupun pendikit minyak (throttle) tidak dipulas.

Sistem motosikal akan mengaktifkan mod ini secara automatik untuk membantu memulakan pergerakan ataupun ketika kelajuan diturunkan sehingga 10km/j.

Mod ini akan dipadamkan apabila menarik brek atau membuka pendikit minyak (pulas terotal).

CU625 Automatic juga akan mengunci kedudukan gear apabila mengesan sudut miring/sendeng motosikal melebihi 20º. Tiada penukaran gear automatik akan berlaku demi keselamatan penunggang.

Sistem ini membantu menambah baik kestanilan dan grip roda belakang semasa membelok, meningkatkan keyakinan para penunggang.

3 MOD VOGE CU625 AUTOMATIK

Cruiser ini didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu:

  • D : normal (automatik) – tunggangan lebih santai
  • DS : sport (automatik) – respons lebih agresif
  • M : manual – boleh tukar gear guna gear tangan

PERINCIAN VOGE CU625 AUTOMATIK

  • Enjin V-Twin 2 silinder 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kapasiti 578cc
  • Nisbah mampatan 12:1
  • Kuasa 45kW @ 8,500rpm
  • Tork 61Nm @ 5,500rpm
  • Transmisi AMT 6-kelajuan dengan klac gelincir
  • Panjang 2,315mm
  • Lebar 865mm
  • Tinggi 1,105mm
  • Jarak roda 1,525mm
  • Tinggi pelana 710mm
  • Jarak bumi 165mm
  • Tangki minyak 16 liter
  • Berat 215kg
  • Meter TFT
  • Sistem brek cakera depan dan belakang
  • Ada Sistem Brek ABS depan belakang
  • Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dipadamkan
  • Sistem pacuan berasaskan tali sawat