Mungkin ada yang melihat CFMOTO ini lebih fokus kepada pembangunan dan penghasilan model motosikal jenis sportbike, naked dan adventure touring. Tiga kategori motosikal ini adalah rangkaian produk terbesar CFMOTO… jika dikira, ada sekurang-kurangnya ada 20 model daripada ketiga-tiga segmen tadi. Memang betul, CFMOTO lebih mengutamakan tiga segmen itu. Tapi.. bukan bermaksud segmen lain terus diabaikan. […]
Category: Cruiser
Cyclone RA600: Cruiser terbaharu kategori pertengahan lancar di Malaysia, harga badan RM25,888
Cyclone Malaysia memperkenalkan model cruiser terbaharu mereka, Cyclone RA600 semasa majlis Makan Malam MForce Lou Sang 2026 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Harga yang diumumkan untuk Cyclone RA600 ialah RM25,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Warna disediakan ada dua iaitu Strong Grey (kelabu) dan Prestige Black (hitam). APA ANDA PERLU TAHU TENTANG CYCLONE […]
Koleksi gambar model X-WEDGE Rover RL2000 siap kerusi penyandar pembonceng dan kotak belakang
X-WEDGE Rover RL2000 ini adalah motosikal dua roda yang dilengkapi dengan kerusi pembonceng siap dengan sokongan penyandar. Bukan itu sahaja, model ini juga dilengkapi satu kotak tambahan di belakang tempat sandar. Ini menjadikan motosikal X-WEDGE Rover RL2000 ini dilengkapi 3 kotak simpanan barang.






