
QJMOTOR SRK 250 R edisi 2026 menerima tambahan 3 pilihan warna baharu untuk tahun ini, malah model ini sudah mula berada di rangkaian pengedar sah semenjak penghujung Disember lalu.
Tiga warna yang diperkenalkan ialah putih, kelabu dan hitam dengan gaya lebih minimalis berbanding 3 warna sedia ada sport bike ini. Di bawah ini adalah gambar QJMOTOR SRK 250 R:

QJMOTOR SRK 250 R Edisi 2026
- Pilihan warna putih didatangkan dengan rim berwarna merah dan teks grafik badan berwarna merah dan hitam.
- Warna kelabu dan hitam dilengkapi rim berwarna emas. Bagaimanapun masing-masing menggunakan warna teks grafik berbeza.
- Teks kelabu dan putih untuk warna badan hitam
- Teks hitam untuk warna badan kelabu
QJMOTOR SRK 250 R EdisiĀ 2025
- Tiga warna asal QJMOTOR SRK 250 R mendapat grafik badan iaitu logo QJMOTOR yang lebih menyerlah di bahagian sisi.
- Corak grafik sama tetapi berbeza warna mengikut warna badan motosikal.
- Rim aloi digunakan berwarna hitam.
Maklumat lain mengenai sportbike asas QJMOTOR SRK 250 R dikongsi dalam artikel bawah ini:
- MForce Lancar Sportbike QJMOTOR SRK 250 R, Siap Beri Promosi Harga Bawah RM10,000!
- QJMOTOR SRK 250 R & SRK 250 S lawat Terengganu International Bike Week 2025
- Sportbike QJMOTOR SRK 250 R (2025) akan datang dengan harga badan bawah RM10,000?
- QJMOTOR Malaysia akan lancar 4 model 250cc baru dengan harga lebih mampu milik






