QJMOTOR Malaysia akan lancar 4 model 250cc baru dengan harga lebih mampu milik

QJMOTOR Malaysia nampak sedikit sangat sibuk tahun ini. Beli reda lagi cerita tentang skuter QJMOTOR AX200S, kru kami mendapati ada satu rancangan sedang disusun untuk menguatkan jenama QJMOTOR.

Rancangan ini melihat kepada pemegang-pemegang lesen motosikal B2 yang mungkin ada hajat nak naik taraf atau memiliki suatu motosikal kapasiti besar tapi dengan harga tidak membebankan dan tak perlu naik taraf lesen B Full.

QJMOTOR MALAYSIA SASAR 250cc

Menariknya, QJMOTOR nampak peluang ini dan sudah menyusun rancangan untuk memperkenalkan dua sportbike, satu naked bike dan satu cruiser.

Semua model ini untuk kategori 250cc dan jangka dilancarkan untuk tahun 2025. Mari kita lihat satu persatu dari empat model ini:

QJMOTOR SRK 250 S

  • Model Naked Bike QJMOTOR SRK 250 S ini dikatakan akan diperkenalkan dengan harga badan bawah RM10,000.
  • Enjinnya satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair dan EFI, kuasa 20.5kW dan tork 22.5Nm.
  • Kotak gear 6 kelajuan klac manual
  • Bakal duduk sekelas dengan CFMOTO 250NK Lite (persaingan harga dan kapasiti).

QJMOTOR SRK 250 R

  • Kategori sportbike 250cc yang akan dilancarkan dengan bawah harga RM10,000 di Malaysia.
  • Ada persamaan dari segi enjin dengan model SRK 250 S. Enjinnya jenis satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair dan EFI.
  • Kuasa maksimum: 20.5kW @ 9,500rpm dan tork maksimum: 22.5Nm @ 7,250rpm
  • Kotak gear 6-kelajuan klac manual.

QJMOTOR SRK 250 RD

  • Motosikal yang mungkin mencabar populariti Modenas Ninja ZX-25R kerana model ini juga guna enjin 4-silinder sebaris (4 inline).
  • Harga dijangka lebih murah berbanding Ninja ZX25R SE dengan anggaran bawah RM23,000.
  • Enjin 4 silinder sebaris DOHC 16 injap 249cc yang memberikan kuasa 30kw (40.2hp) dan tork 22Nm.

QJMOTOR SRV 250 AMT

  • Motosikal segmen cruiser 250cc pertama dengan transmisi AMT dan boleh ditunggang macam skuter (tak ada klac tangan).
  • Sesuai untuk mereka yang tak mahir main klac tangan, wanita dan pelajar yang ingin operasi motosikal lebih mudah tapi kekal bergaya.
  • Harga badan pun dijangka tidak lebih RM18,000.
  • Enjin V-Twin 249cc SOHC dengan kuasa 20.5kw (27.9hp) dan tork 23Nm. Kotak gear AMT.