
Lambretta Malaysia semalam menyempurnakan serahan sebanyak 88 unit skuter Casa Lambretta X300 Limited Edition di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PETRONAS SIC).
Sekadar makluman, jenama skuter Lambretta di Malaysia diuruskan oleh syarikat Bike Continent iaitu firma sama yang mengendalikan jenama Thunder Motorcycles.

Pengarah Urusannya, Ronnie Chen menyatakan Malaysia menerima sebanyak 99 unit skuter berkenaan dengan sebahagian besarnya sudah dimiliki pelanggan.
Casa Lambretta X300 Limited Edition terhasil dengan kerjasama CASA Lambretta Racing Team dan hanya 999 unit dihasilkan untuk pasaran dunia.
Ini bermaksud Malaysia berjaya menerima peruntukan kira-kira 10 peratus daripada jumlah skuter edisi terhad berkenaan.
APA ADA PADA CASA LAMBRETTA X300 LIMITED EDITION

- Dibangunkan menggunakan model Lambretta X300 sebagai asas binaan.
- Ditambah tiga komponen gentian karbon (carbon fiber) iaitu penghadang angin (windshield), spoiler belakang dan pelindung brek cakera.
- Angka 47 pada skuter itu menggambarkan tahun kelahiran jenama Lambretta iaitu 1947.
- Lencana ikonik di bahagian dada.
- Tempat duduk jenis sport menggunakan balutan material premium.
- Menggunakan tayar Pirelli
- Ada plet nombor siri dengan tanda tangan Vittorio Tessera.
- Pembeli juga terima kotak set eksklusif yang mengandung 12 item koleksi.
HARGA CASA LAMBRETTA X300 LIMITED EDITION

Tiada satu harga standard atau disyorkan Lambretta Malaysia untuk model Casa Lambretta X300 Limited Edition. Harga akan dibuat melalui kaedah POA iaitu Price on Application.
Mengapa POA? Menurut penerangan mereka, model ini dikelaskan sebagai rare dan menerima permintaan tinggi serta menjadi bahan koleksi pengumpul.
Khabarnya, nilai jualan semula menyaksikan trend peningkatan. Harga tawaran tertinggi yang dikatakan mencecah RM48,000 di Malaysia.
SPESIFIKASI CASA LAMBRETTA X300 LIMITED EDITION
| Casa Lambretta X300 Limited Edition | |
|---|---|
| Enjin | 1 silinder DOHC 4-injap |
| Kapasiti | 275cc |
| Kuasa maksimum | 25.1hp @ 8,250rpm |
| Tork maksimum | 24.5Nm @ 6,250rpm |
| Bore x Stroke | 75mm x 62.3mm |
| Nisbah mampatan | - |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | CVT |
| Suspensi depan | Fork teleskopik (double arm) |
| Suspensi belakang | absorber kembar |
| Tayar depan | 120/70 - 12 |
| Tayar belakang | 130/70 - 12 |
| Brek depan | Cakera |
| Brek belakang | Cakera |
| Panjang | 1,922mm |
| Lebar | 741mm |
| Tinggi | 1,117mm |
| Jarak dari bumi | 190mm |
| Jarak roda | 1,370mm |
| Tinggi tempat duduk | 790mm |
| Tangki minyak | 7.5 liter |
| Berat | 160kg |
| Bonus | - Ada USB Type- C - Sistem ABS depan-belakang - Sistem pencahayaan LED penuh - Ada tambahan gentian karbon untuk penghadang angin, pelindung brek dan spoiler belakang |


















































