
Sumber gambar: Ducati Croydon
Pengedar Ducati yang terkenal di London iaitu Ducati Croydon mengumumkan keputusan menghentikan operasi mereka selepas 26 tahun berniaga.
Ducati Croydon dikendalikan oleh syarikat In Moto Ltd. Ia diasaskan pada pada tahun 1999 oleh Gaudenzio Ingignoli dan beroperasi sebagai perniagaan keluarga. Mereka memberi fokus kepada komuniti Ducati di London.
Ini kenyataan rasmi mereka:
“Dengan hati yang sangat berat, kami ingin kongsikan satu pengumuman penting. Selepas 26 tahun berkhidmat kepada para penunggang di South London dan Surrey, In Moto Ltd / Ducati Croydon telah menutup pintunya buat kali terakhir. Industri ini berdepan keadaan yang sangat mencabar kebelakangan ini dan walaupun segala usaha dilakukan, kami masih tidak mampu meneruskan operasi … Kepada semua yang menyokong kami selama ini, terima kasih. Kesetiaan, kepercayaan dan persahabatan anda amat bermakna untuk kami.
“Terima kasih untuk 26 tahun yang tidak dapat dilupakan.”
Penutupan Ducati Croydon dikatakan tidak memberi kesan atau menjejaskan perniagaan kembar mereka iaitu Ducati London di Vauxhall.
Ducati London akan terus beroperasi di bawah pengurusan Cristian Ingignoli iaitu anak kepada pengasas Ducati Croydon, Gaudenzio.

