
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran tiga warna baharu untuk kapcai Yamaha EZ115 edisi 2025 iaitu Biru, Kelabu dan Hijau.
Yamaha EZ115 (2025) ini akan dijual di semua rangkaian pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 15 Disember 2025. Harga badannya ialah RM5,698.

Harga itu tidak termasuk caj pendaftaran yang akan dikenakan dan insurans. Sebagai bonus, HLYM akan menghadiahkan kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan setiap pembelian Yamaha EZ115.
Yamaha EZ115 menggunakan enjin satu silinder 114 cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang menawarkan kuasa 6.4 kW @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.












