Month: November 2025

MKA Group kini pengedar rasmi jenama Ipone di Malaysia

MKA Group dilantik sebagai pengedar rasmi jenama Ipone di Malaysia. Ipone ialah rangkaian produk pelincir motosikal dan jenama itu datangnya dari Perancis. Syarikat yang mengumumkan pelantikan MKA Group selaku pengedar rasmi ialah Specialty Lubricants Trading (Specialty Lubricants). Specialty Lubricants adalah prinsipal rasmi Ipone di Malaysia dan juga pengedar sah Motul Asia Pacific di pasaran tempatan. […]

ARIIC TOUCH 250: Skuter maxi ada macam-macam ciri moden, harga badan RM13,888

MForce Bike Holdings (MForce) memperkenalkan jenama ARIIC ke pasaran Malaysia pada minggu terakhir bulan April 2025. Pada waktu itu, model sulung ditawarkan kepada pengguna tempatan ialah ARIIC 318 GT dengan anggaran harga badan RM13,888. Tujuh bulan sudah berlalu dan pilihan produk ARIIC nampaknya akan diluaskan dengan tawaran dua model skuter baharu iaitu ARIIC TOUCH 250 […]

Hypernaked ‘brutal’ QJMOTOR SRK 921 bakal hadir ke pameran MForce Motorshow 2026

QJMOTOR SRK 921

QJMOTOR China menyusun satu barisan produk menarik untuk majlis pelancaran oleh MForce Bike Holdings (MForce) sempena lawatan ke ibu pejabat mereka (QJMOTOR) di bandar Taizhou, wilayah Zhejiang baru-baru ini. Antara model yang dilancarkan ialah dua sportbike 4-silinder sebaris iaitu SRK 250 RD dan SRK 450 RR serta siri skuter ATX 250 dan ATX 250 X. Tapi […]

QJMOTOR 450 RR: Sportbike kategori 450cc enjin 4-silinder sebaris tapi harga badan RM25,888

qjmotor srk 450 rr

QJMOTOR Malaysia akan menawarkan sportbike suku liter QJMOTOR SRK 450 RR ke pasaran tempatan, sekali gus menjadi jentera sport kelima mereka di Malaysia. Acara pelancaran QJMOTOR 450 RR sudah diadakan di China termasuk mengumumkan harga badannya iaitu RM25,888 seunit. QJMOTOR SRK 450 RR dilancarkan serentak bersama siri skuter ATX 250 & ATX 250 X, sportbike […]

Morbidelli T250X bakal sertai segmen adventure di Malaysia, harga badan RM9,888 dan RM11,288

Morbidelli Malaysia akan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model motosikal adventure ke pasaran tempatan bermula dari hujung tahun ini. Tiga model motosikal adventure itu ialah Morbidelli T250X, Morbidelli T252X dan Morbidelli T502X. Jenama Morbidelli di Malaysia diuruskan MForce Bike Holdings. Artikel ini akan tertumpu sepenuhnya pada model adventure asas Morbidelli T250X (lihat gambar bawah). Kami pernah berkongsi […]

Ini semua anda perlu tahu tentang CFMOTO 1000MT-X yang akan datang ke Malaysia

CFMOTO 1000MT-X

Motosikal CFMOTO 1000MT-X membuat kemunculan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2025 bertempat di Itali pada awal bulan ini. Seminggu kemudian, kami berpeluang melihat model adventure touring itu secara dekat semasa berkunjung ke ibu pejabat global CFMOTO di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang di China. Model CFMOTO 1000MT-X sebenarnya nampak seakan-akan CFMOTO 800MT-X tetapi memiliki kapasiti enjin […]