
Suzuki Malaysia meluaskan pilihan motosikal tawaran siri GSX dengan tawaran Suzuki GSX-8T dan Suzuki GSX-8TT sempena hari terakhir perlumbaan Kejohanan MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC).
Dua model itu menjadi pilihan baharu kepada pencari motosikal yang inginkan sebuah motosikal bergaya retro. Jika inginkan versi naked, ada model GSX-8S dan ada pula versi sport fairing penuh GSX-8R.
HARGA
Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT masing-masing diperkenakan dengan harga banyak sebanyak RM59,600 dan RM63,600 setiap satu. Ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Cerita tentang kedatangan Suzuki GSX-8T dan Suzuki GSX-8TT ada kami kongsikan sebelum ini tetapi tidak menjangkakan dua model itu dilancarkan lebih awal sempena MotoGP Malaysia.
Secara asasnya, dua model gaya retro ini banyak berkongsi komponen dengan GSX-8T dan GSX-8TT tetapi ada perbezaan jika dilihat pada kowl lampu depan, kowl enjin dan corak tempat duduk.
SPESIFIKASI SUZUKI GSX-8T & GSX-8TT
- Enjin 2-silinder sebaris 776cc DOCH dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Kotak gear manual klac tangan 6 kelajuan
- Output kuasa dijangka 81.7hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm
- Gerek x lejang: 84mm x 70mm
- Nisbah mampatan 12.8 : 1
- Fork depan jenis terbalik (USD), Absober belakang monoshock
- Brek dwi-cakera (depan). Cakera tunggal belakang
- Saiz tayar depan 120/70
- Saiz tayar belakang 180/55.
- Panjang 2,115mm
- Lebar 775mm
- Tinggi 1,160mm (8TT) dan 1,105mm (8T)
- Jarak antara roda 1,465mm
- Jarak dari bumi 145mm
- Tinggi tempat duduk 810mm (8TT) dan 815mm (8T)
- Berat kasar 203kg (8TT) dan 201kg (8T)
- Tangki minyak 16.5 liter
TEKNOLOGI CANGGIH
- Sistem klac anti-gelincir Assist & Slipper (A&S)
- Quickshifter 2-hala (upshift dan downshift)
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) Suzuki tiga tahap pilihan dan boleh dinyah aktif
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tapi tidak boleh dipadamkan
- Ada teknologi Bantuan RPM Rendah (LRA)
- Ada Sistem Bantuan Klac Suzuki (jadikan klac lebih ringan semasa ditarik)
- Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.)
SESI PELANCARAN

Majlis pelancaran dua model itu disempurnakan Pengurus Jenama Suzuki Malaysia, Leong Kam Yew bersama Pengerusi Kumpulan AFY Mobility Industries, Ahmad Faez Yahaya dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Jeffrey Lim.
Hadir sama menyaksikannya ialah Ichiro Kondo dari Suzuki Motor Corporation (SMC) Jepun.
INSPIRASI & KEUNIKAN
SUZUKI GSX-8T
- GSX-8T diinspirasi daripada Suzuki T500 Titan, sebuah motosikal berprestasi era 1960an.
- Reka bentuknya diserlahkan dengan tangki bahan api yang kontras bersama bahagian belakang berwarna hitam matte.
- Ada logo timbul 3D pada fairing sisi yang diinspirasikan daripada simbol eight ball.
SUZUKI GSX-8TT
- Berasaskan model 8T dengan sentuhan rekaan motosikal perlumbaan jalanan Suzuki era 1970an dan 1980an.
- Ada kowl lampu depan dan bawah enjin (under cowl) mirip model klasik Suzuki.
- Fork warna hitam, bar pembonceng kelabu dan ada jalur berwarna kontras.
- TT bermaksud Timeless





