HLYM lancar 2 coverset edisi terhad untuk Yamaha 135LC, harga disyorkan RM480

yamaha 135LC Cover Set baru 2025 eksklusif

Malam semalam, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi Facebook Yamaha Motor Malaysia ada naikkan satu poster mengumumkan tawaran 2 cover set baru untuk kapcai Yamaha LC135 FI.

Petang tadi kru kami dapat maklumat mengenai statusnya iaitu coverset edisi terhad. Harga yang disyorkan pun RM480.

Ada dua warna iaitu Yamaha Team ASEAN Blue (biru) dan Redracer (merah).

Rasanya ini kali pertama HLYM keluarkan coverset edisi terhad (bukannya motor) untuk pasaran Malaysia. Biasanya, motosikal edisi terhad tapi kali ini memang satu kelainan.

Rasanya tak perlu selindung sebab orang tahu, pengguna Malaysia sudah terbiasa ditawarkan dengan perubahan warna badan motosikal dan harga pun,,, ada yang naik dan ada pula kekal.

Ini membawa kepada kelahiran beberapa istilah contohnya kejuruteraan coverset…. kejuruteraan warna… kejuruteraan sticker.

Sebelum ini nampak macam perli atau sindiran tapi siapa sangka HLYM sudah mendengar apa yang disuarakan pengguna dan peminat mereka. Maka, muncul lah tawaran dua coverset berstatus edisi terhad.

Adakah selepas ini kita akan saksikan kemunculan model-model motosikal yang sering diminta para peminat macam Yamaha XSR155? Mana tahu kan….