Tempahan KEEWAY XDV 180 EVO mula diambil, harga badan bawah RM10,000?

Beberapa kedai motosikal sudah mula ambil tempahan awal untuk Keeway XDV 180 Evo – skuter adventure yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Informasi yang kru kami terima mengatakan pelancaran akan diadakan pada bulan depan, Ogos 2025 dan harga badan Keeway XDV 180 Evo (2025) memang bawah RM10,000.

Dengan harga seperti ini, lebih ramai orang mampu mencapai impian memiliki sebuah skuter adventure mengikut kemampuan kewangan mereka.

Ini data teknikal atau spesifikasi Keeway XDV 180 Evo yang pernah kami laporkan:

  • Enjin: satu silinder 4 strok, SOHC 4 injap, penyejukan cecair (liquid cooled)
  • Kapasiti: 174cc
  • Bore x Stroke: 61mm x 59.6mm
  • Nisbah mampatan: 11.5: 1
  • Kuasa maksimum: 13.6kW (18.2hp) @ 8,500rpm
  • Tork maksimum: 17.2Nm @ 6,500rpm
  • Sistem bahan api: Suntikan bahan api (EFI)
  • Kotak gear: CVT automatik
  • Pacuan: tali sawat (belt)
  • Suspensi depan: Fork Up-side down (USD) travel 80mm
  • Suspensi belakang: dua absober boleh dilaras 5 pra-beban, travel 60mm
  • Brek depan: cakera 240mm, ada ABS
  • Brek belakang: cakera 220mm, ada ABS
  • Tayar depan: 110/80-14
  • Tayar belakang: 130/70-13
  • Panjang: 1940mm
  • Lebar: 770mm
  • Tinggi: 1285mm
  • Jarak dari bumi: 140mm
  • Tinggi tempat duduk: 870mm
  • Tangki minyak: 10 liter
  • Berat: 145kg
  • Ada Traction Control (TCS)
  • Meter: TFT 7 inci