QJMOTOR SRV 600 V (2025) ialah motosikal cruiser terbaru yang akan datang ke pasaran Malaysia tak lama lagi.
Motosikal ini adalah salah satu model istimewa untuk QJMOTOR Malaysia apabila diluncurkan nanti kerana ini ialah:
- QJMOTOR SRV 600 V (2025) adalah model pertama jenama QJMOTOR di Malaysia menggunakan enjin V4.
- Ini mungkin cruiser V4 paling mampu milik dalam kelasnya di Malaysia. Sebab, anggaran harga badannya dalam julat RM33,000 hingga RM35,000.
Pilihan warna yang dijangka diberi kepada pelanggan Malaysia ada dua iaitu kelabu dan hitam. Bagaimanapun, ini belum keputusan muktamad sehingga hari pelancarannya nanti.
Kru kami kongsikan data teknikal (spesifikasi) yang dijangka diguna pakai untuk pasaran kita. Ini perinciannya:
- Enjin 4 strok 4 silinder (susunan V4) 561cc DOHC
- Sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (EFI)
- Kuasa maksimum: 50kW @ 10,500rpm
- Tork puncak: 54Nm @ 8,000rpm
- Kotak gear 6 kelajuan klac manual
- Sistem pacuan tali sawat (belting)
- Fork USD dan sepasang absober di belakang
- Tayar depan 130/90 – 16
- Tayar belakang 180/65 – 16
- Brek depan cakera berkembar 300mm
- Brek belakang cakera tunggal 260mm
- Ada brek ABS depan-belakang
- Panjang: 2,280mm
- Lebar: 830mm
- Tinggi: 1,115mm
- Jarak antara roda: 1,580mm
- Tinggi tempat duduk: 720mm
- Jarak dari bumi: 140mm
- Berat kasar: 219kg
- Tangki minyak 16.5 liter












