Yamaha di Indonesia pada Januari 2023 secara rasminya memperkenalkan model retro Yamaha XSR155 2023, yang kini tampil dengan empat pilihan warna baharu.
Keempat-empat pilihan warna baharu yang menarik dan sporty itu ialah ialah Light Blue Wanderlust, Metallic Red Authentic, Matte Silver Premium dan Metallic Black Elegance.
Untuk pasaran Indonesia, model berkenaan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak Rp. 37,635,000, bersamaan RM 11,413.71 mengikut nilai tukaran mata wang semasa.
Untuk musim 2023, Yamaha XSR155 masih mengekalkan enjin 155cc (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin dengan teknologi VVA itu kemudiannya menghasilkan kuasa maksimum 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 10.4 liter.
Spesifikasi lainnya termasuklah fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera, dan tayar yang bersaiz 110/70-R17 (depan) dan 140/70-R17 (belakang).
Yamaha XSR155 2023 juga didatangkan ciri-ciri seperti panel meter digital LCD, lampu depan dan belakang LED, tinggi tempat duduk 810 mm, dan berat isi hanya 134 kg.
Sementara itu di pasaran Vietnam, model yang sama telah dilancarkan baru-baru ini, namun menggunakan nama rasmi yang sedikit berbeza iaitu Yamaha XS155R 2023.