Kawasaki Malaysia umum kedatangan Modenas Z500 dan Modenas Z500 SE, harga badan bawah RM30,000

Selepas selepas beberapa pengedar ambil tempahan awal untuk motosikal kategori naked Modenas Z500 dan Modenas Z500SE, Kawasaki Malaysia membuat hebahan rasmi di Facebook.

MODENAS Z500

Modenas Z500 akan dijual dengan harga badan RM27,100 tak masuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Warna disediakan ada satu jenis hitam metalik (Metallic Spark Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray).

MODENAS Z500 SE

Modenas Z500SE nampaknya lebih mahal RM2,000 dengan harga badan RM29,100 (tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran).

Warna pun ada satu iaitu kelabu hijau (Metallic Spark Black/Metallic Moondust Gray/Frame Golden Blazed Green)

Belum ada maklumat tentang data teknikalnya (spesifikasi) tapi dijangka menggunakan enjin sama macam Modenas Ninja 500 jenis 4-stroke 2 silinder selari 251cc DOHC untuk penghasilkan kuasa 44.8hp @ 9,000rpm dan tork 42.6Nm @ 6,000rpm.

Kotak gear membabitkan klac manual 6 kelajuan dan menggunakan pacuan jenis rantai.

Meter untuk model Modenas Z500 mungkin LCD dan untuk SE, motosikal itu dijangka gunakan meter TFT.

Fork teleskopik 41mm untuk bahagian depan dan dipadankan dengan sistem monoshock sebagai suspensi belakang.

Cakera brek depan jenis tunggal saiz 310mm dilengkapi caliper 2 piston. Belakang jenis cakera tunggal 220mm dan kaliper 1-piston. Brek ABS depan dan belakang.

Tangki minyak diyakini sama iaitu sebesar 14 liter.

Varian SE mungkin ada ciri tambahan lain seperti port USB Type-C, sistem KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System) dan nampak macam ada cowl engine.