Boon Siew Honda (Boon Siew) akan mula menjual skuter Honda ADV160 (2025) dengan dua pilihan warna baru – Matte Black dan Red mulai 8 Mei 2025 ini.
Dua warna baru ini akan masuk kedai motor dan kedai Impian sehari sebelum berlangsungnya pameran Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang.
Mungkin skuter ini akan ditayangkan di sana sebabnya ini peluang terbaik untuk peminat motor melihat skuter warna baru ini di situ nanti. Harga badan Honda ADV160 (2025) ini ialah RM13,249 tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Walaupun sudah dapat warna baru tapi data teknikalnya (spesifikasi) masih sama macam skuter ADV160 yang sedang dijual sekarang. Apa yang baru cuma warna.
Warna lama iaitu White masih lagi dijual di pasaran Malaysia.
Selain Honda ADV160 STANDARD, Boon Siew juga umumkan satu warna lagi untuk varian Special Edition. Ceritanya ada di sini: Honda ADV160 Special Edition 2025


















