Adakah Modenas akan lancar skuter KYMCO DTX250?

Dua tahun sudah berlalu dan adakah hari ini kita boleh saksikan kemunculan KYMCO DTX250 luncur ke pasaran Malaysia?

Cerita tentang KYMCO DTX250 ini pernah disiarkan pada akhir tahun 2023 dengan gambar skuter itu sedang diuji. Di Malaysia, KYMCO dijaga pihak Modenas selaku pengedar rasmi jenama skuter dari Taiwan itu.

Kalau tengok balik dua tahun lepas, Modenas memang sibuk urus, susun dan bangunkan balik jenama Kawasaki selepas berlaku tukar tangan saham syarikat.

Bagus juga rekod Modenas sebab jayakan projek CKD Modenas-Kawasaki dan mula eksport keluar motosikal buatan kilang mereka sehingga ke China.

Selain Kawasaki dan KYMCO, Modenas ada 2 jenama lain dalam jagaan mereka – Bajaj dan produk Modenas sendiri.

Ingat-ingat balik, model terbaru KYMCO (paling terakhir) yang dilancarkan Modenas ialah KYMCO AK550 Premium yang diimport (CBU) dari Taiwan dan itupun pada 12 Januari 2024.

Website automotif yang paling power – Mekanika – ada melaporkan Modenas akan skuter KYMCO DTX250 di Malaysia Autoshow 2025 (bermula minggu ini). Kesahihan maklumat penulis mereka jarang sekali tidak tepat.

Kebelakangan ini.. persaingan atau perang skuter semakin menjadi-jadi dan kalau KYMCO DTX250 dilancarkan pada bulan ini, boleh kata ini memang satu langkah amat berani.

Belum ada informasi tentang data teknikal (spesifikasi) KYMCO DTX250 di Malaysia tapi kita tunggu pengumuman dari pihak Modenas