Yamaha XMAX edisi 2025 akan lancar di Malaysia Autoshow 2025?

Ada yang melaporkan…. Hong Leong Yamaha Motor akan melancarkan skuter terbaru Yamaha XMAX edisi 2025 di Malaysia Autoshow 2025 hari ini.

Ini satu cerita menarik sebabnya… skuter baru ini ada beberapa ciri menarik dan moden mengikut peredaran zaman dan selera pengguna.

Perubahan pertama ialah penghadang angin Yamaha XMAX edisi 2025 boleh naik atau turun menggunakan kuasa elektrik. Penghadang ini digerakkan dengan hanya menekan butang kawalan sebelah kiri hendal dan bukan dibuat secara manual.

Perubahan kedua ialah Yamaha XMAX edisi 2025 mendapat perubahan rekaan bahagian depan termasuk kawasan di sekeliling tempat lampu signal dibesarkan. Salah satu tujuannya ialah untuk membantu menghalang atau menepis angin dengan lebih baik semasa skuter ditunggang.

Perubahan ketiga yang ada dekat Yamaha XMAX edisi 2025 ialah panel meternya. Model baru ini menggabungkan dua meter dalam satu rumah. Meter diletakkan sebelah-sebelah. Satu meter LCD (meter laju) 3.2 inci dan meter infotainment TFT 4.2 inci.

Kalau model yang tersedia ada sekarang, meternya jenis digital atas dan bawah. Model pertama XMAX 250 yang lancar pada tahun 2018, ada skrin digital yang diapit dua meter analog (meter jarum).

Satu lagi penambahbaikan ialah Traction Control untuk Yamaha XMAX edisi 2025 sudah ditambah baik dengan pemetaan baru. Fungsi kawalan masih sama cuma ditingkatkan kecekapan sahaja. Ekzos pun dikatakan rekaan baru.

Belum ada informasi rasmi tentang data teknikal (spesifikasi) atau enjinnya. Tidak pasti ada penambahan ciri lebih berprestasi atau masih guna enjin lama. Kita tunggu Malaysia Autoshow 2025 nanti. Adakah ini model akan dilancarkan Hong Leong Yamaha Motor?