Spyshot Kymco DTX 250 di Malaysia, bakal dilancarkan oleh EMOS

Modenas melalui anak syarikatnya EMOS (Edaran Modenas Sdn. Bhd.) dikatakan bakal melancarkan model skuter terbaharu Kymco AK550 ST pada bulan Januari 2024.

Terkini, sebuah lagi model skuter terbaharu keluaran Kymco dijangka akan turut dilancarkan oleh EMOS untuk pasaran Malaysia, berdasarkan paparan imej spyshot seperti mana di atas.

Berdasarkan paparan imej spyshot tersebut (sumber dari FB Pandu Laju), model skuter yang sedang ditunggang uji itu telah disahkan sebagai model Kymco DTX 250 dengan enjin 246cc.

Berdasarkan maklumat di dalam laman sesawang Kymco Turkiye, Kymco DTX 250 menawarkan kuasa maksimum 22.8hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 23Nm @ 6,000rpm.

Antara ciri-ciri menariknya termasuklah tangki bahan api 13.5 liter, pengecas USB, sistem lampu LED, panel meter digital, sistem brek ABS, TCS, dan juga ruang simpanan yang luas.

Kymco DTX 250 berdiri di atas tayar depan dan belakang yang masing-masing bersaiz 120/80-14 dan 150/70-13. Tempat duduknya pula mempunyai ketinggian pada paras 795 mm.

Setakat ini belum dapat dipastikan tarikh pelancaran rasminya. Untuk anda yang berminat, mungkin boleh bertanyakan sendiri kepada wakil pengedar EMOS yang berdekatan.

Artikel berkaitan :