Kawasaki Ninja ZX-6R ialah motosikal kategori supersport dan salah satu model ikonik di dunia.
Ada tiga negara di dunia membuat pemasangan Kawasaki Ninja ZX-6R iaitu Jepun sendiri, Brazil (negara pertama luar Jepun) dan selepas itu ialah Malaysia (menerusi kilang Modenas).
Kawasaki Ninja ZX-6R keluaran kilang Modenas (CKD) pernah dibawa dan dipamerkan kepada orang ramai sebanyak tiga kali iaitu di:
- Kejohanan MotoGP Malaysia 2023 – warna hijau KRT merah
- Pameran Malaysia Autoshow 2024 – warna kelabu jalur hijau
- Kejohanan MotoGP Malaysia 2024 – warna hijau KRT kuning
Modenas membuat pemasangan dan mengeksport Kawasaki Ninja ZX-6R ke China sejak Mac tahun 2024. China ialah pasaran eksport pertama ZX-6R dari kilang Modenas.
Modenas pernah nyatakan mereka belum ada rancangan untuk eksport Kawasaki Ninja ZX-6R dari Malaysia ke negara lain. Tapi ini belum tentu muktamad dan boleh berubah pada masa akan datang kalau Kawasaki Jepun setuju.
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-6R pemasangan kilang Modenas menggunakan 45 peratus komponen buatan tempatan dan selebihnya komponen dibawa dari Jepun.
Jumlah pengeluaran Kawasaki Ninja ZX-6R boleh cecah sehingga 2,000 unit dalam masa setahun di kilang Modenas. Kapasiti pembuatan boleh ditambah dengan melakukan dua waktu kerja (2 shift).
Harga badan RM59,900 untuk Kawasaki Ninja ZX-6R diumumkan Kawasaki Malaysia semasa Kejohanan MotoGP 2024 di Litar Sepang. Pada masa sama, tempahan awal juga dibuka.
Kawasaki Malaysia pada pagi tadi menyerahkan 100 buah Kawasaki Ninja ZX-6R kepada pembeli-pembeli di Litar SIC. Siap belanja mereka layan trek percuma.