Honda Wave 125i buatan Malaysia masuk Vietnam, harga badan cecah lebih RM12,900?

Bukan hanya Yamaha Y16ZR 6MRO Limited Edition buatan Malaysia dibawa masuk ke Vietnam tapi kapcai Honda Wave 125i keluaran Boon Siew Honda juga jadi pilihan di sana.

Menariknya, anggaran harga badan Honda Wave 125i ini akan dijual di Vietnam dengan harga lebih 75 juta VND (anggaran RM12,906) sedangkan harga badan di Malaysia hampir separuh dari jumlah itu.

Sama macam Y16ZR 6MRO, motosikal Honda Wave 125i yang dihasilkan di Pulau Pinang itu diimport oleh syarikat persendirian dari kota Ho Chi Minh (Vietnam) untuk pasaran di sana. Tak membabitkan pihak Honda Motor Vietnam.

Media di Vietnam laporkan… sebelum ini, pihak pengimport persendirian membawa masuk Honda Wave 125i dari Thailand ke Vietnam. Dan ini kali pertama model Honda Wave 125i dariĀ  Malaysia diimport masuk ke Vietnam.

Di Vietnam, Honda Wave 125i dipanggil Honda Future 125i tapi ada berbeza beberapa komponen kalau kita bandingkan dengan Wave 125i buatan Malaysia.

Honda Wave 125i Buatan Malaysia Lebih Canggih?

Honda Future 125i Vietnam

Vietnam juga ada model Future 125i yang dipasang di sana (CKD) tapi saiznya kecil sedikit berbanding Honda Wave 125i buatan Malaysia. Bezanya amat kecil tetapi motosikal Boon Siew Honda lebih berat 3kg.

Kelebihan Wave 125i berbanding Future 125i ialah komponennya. Contohnya..brek cakera belakang, penutup rantai, saiz tangki minyak, standard Euro dan jenis tayar.

BREK

  • Honda Wave 125i (Malaysia): Brek cakera depan-belakang
  • Honda Future 125i (Vietnam): Brek cakera depan, brek drum belakang

TANGKI MINYAK

  • Honda Wave 125i (Malaysia): 5.4 liter
  • Honda Future 125i (Vietnam): 4.6 liter

PENUTUP RANTAI

  • Honda Wave 125i (Malaysia): tutup separuh
  • Honda Future 125i (Vietnam): tutup penuh

TAYAR

  • Honda Wave 125i (Malaysia): tubeless
  • Honda Future 125i (Vietnam): pakai tiub

STANDARD EURO

  • Honda Wave 125i (Malaysia): Euro 4
  • Honda Future 125i (Vietnam): Euro 3