Model kapcai Honda Wave 125i 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2021 yang lalu, dengan harga asas terkininya ditetapkan sebanyak RM 6,399.00.
Ianya mempunyai reka bentuk yang bergaya dan moden, dan tampil dengan tiga pilihan warna iaitu Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue.
Honda Wave 125i 2021 dilengkapi enjin 124.89cc (air-cooled, SOHC, 4-stroke, 2-valve) dengan sistem PGM-FI, seterusnya dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Enjin yang cekap, ekonomi dan mematuhi piawaian emisi Euro 4 itu menawarkan kuasa maksimum pada 9.1hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 10.1Nm @ 5,000rpm.
Sistem suspensinya ialah fork depan teleskopik dan suspensi belakang berkembar. Saiz tayar depan dan belakang 70/90-17 dan 80/90-17, dan tinggi tempat duduk 761 mm.
Antara ciri-ciri menariknya seperti tangki petrol 5.4 liter, lampu depan LED, sistem brek cakera, dan ruang di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah helmet.
Honda Wave 125i 2021 adalah sesuai untuk pemilik yang mahukan sebuah model yang ekonomi, mempunyai reka bentuk yang menarik, dan juga ruang storan yang luas.