Belum sampai tempoh enam bulan semenjak sportbike 3 silinder CFMOTO 675SR-R dilancarkan di Malaysia, kami dapat informasi baru mengatakan motosikal versi naked akan tiba tak lama lagi.
Nama itu ialah CFMOTO 675NK dan harga badannya dikatakan bawah RM34,000! Kalau betul, beza harga badan sekitar RM3,000 berbanding model fairing penuh 675SR-R.
Tak mustahil CFMOTO 675NK ini akan jadi antara model naked bike middleweight popular di negara kita sebaik dilancarkan kelak.
Pelancaran macam dalam masa terdekat sebabnya ada beberapa pengedar sudah buka tempahan.
Seperkara kita jangan lupa, CFMOTO Malaysia sudah ada 20 model ditawarkan di negara ini dan CFMOTO 675NK akan jadi model ke-21!