BENDA Chinchilla 500 nak masuk Malaysia?

Sekarang ada dua model motosikal BENDA dijual di Malaysia semenjak jenama China itu dilancarkan pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) di Malaysia Autoshow 2024.

Ada tiga lagi model BENDA pernah ditunjukkan kepada pengguna sebagai model akan datang (future model) iaitu:

  • BENDA Napoleon Bob 250
  • BENDA LFS 700 (BD700-3)
  • BENDA LFC 700 (BD700-2)

Informasi diterima memaklumkan ada satu lagi model BENDA akan dilancarkan dalam masa sehari dua ini, dengar-dengar kata BENDA Chinchilla 500.

BENDA Chinchilla 500 ini motosikal yang dikatakan jenis urban cruiser (cruiser bandar) kategori pertengahan (kelas 500cc).

Kalau diikutkan dalam pasaran China, ada dua versi Chinchilla 500 iaitu model biasa (kod model BD500-15) dan model naik taraf  BD500-15 A (upgrade model). Tak pasti Malaysia akan dapat model yang mana satu – 15 atau 15-A.

Model upgrade (15 A)ini ada di China dan ada pasaran negara lain masih jual model kod 15.  Beza dua model ini melibatkan perubahan saiz dan berat, talaan enjin tapi masih guna enjin sama dan sedikit perubahan sistem suspensi.

Data perincian (spesifikasi) BENDA Chinchilla 500 jenis BD500-15 vs BD500-15 A (China)

BD500-15 ABD500-15
Enjin2 silinder (V-Twin), 8-injap, DOHC2 silinder (V-Twin), 8-injap, DOHC
Kapasiti476cc475.6cc
Kuasa maksimum39kW @ 9,000rpm (52.3hp)35kW @ 8,800rpm (46.9hp)
Tork maksimum48Nm @ 6,000rpm42Nm @ 6,700rpm
Bore x Stroke69mm x 63.6mm69mm x 63.6mm
Nisbah mampatan11.5:111.5:1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Slippermanual 6 kelajuan klac Slipper
Suspensi depanFork USDFork USD
Suspensi belakangabsorber kembarabsorber kembar
Tayar depan150/80 - 16150/80 - 16
Tayar belakang180/65 - 16180/65 - 16
Brek depanCakeraCakera
Brek belakangCakeraCakera
Panjang2,260mm2,220mm
Lebar846mm890mm
Tinggi1,135mm1,150mm
Jarak dari bumi150mm170mm
Jarak roda1,545mm1,550mm
Tinggi tempat duduk705mm705mm
Tangki minyak16 liter16 liter
Berat212kg215kg
Bonus- Ada ABS
- Ada Traction Control
- Lampu penuh LED
- Meter LCD
- Ada ABS
- Ada Traction Control
- Lampu penuh LED
- Meter LCD

Gambar ambil dari web BENDA China