Model motosikal ketiga jenama BENDA iaitu BENDA Chinchilla 500 sudah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 20 Mac 2025. Harga badan untuk BENDA Chinchilla 500 ialah RM27,888 dan ini belum masuk insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran berkaitan. Chinchilla 500 nampak anggun dengan bentuk badan retro-moden dan banyak komponen diwarnakan hitam dan diimbangi dengan selitan warna […]

