Yamaha XMAX Connected 2024 terima warna baharu di Thailand

Di pasaran Thailand baru-baru ini, model skuter Yamaha XMAX Connected 2024 secara rasmi diperkenalkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Shadow Gray dan Midnight Black. Dua lagi pilihan warna yang ditawarkan ialah Ruby Red dan Ice Fluo, dibawakan daripada model tahun 2023. Harga jualan pula didapati meningkat sedikit, iaitu kepada THB 191,100 (RM 24,532.68).

Beralih ke bahagian spesifikasi, ianya masih sama tanpa sebarang perubahan terkini. Yamaha XMAX Connected 2024 dilengkapi enjin 292cc dengan kuasa maksimum 27.6hp dan tork 29Nm. Selain itu di pasaran Thailand, turut ditawarkan ialah Yamaha XMAX Tech MAX 2024. Di pasaran Malaysia, HLYM menawarkan Yamaha XMAX 250 2023 dengan harga RM 23,998.00.