Pada bulan April 2024 yang lepas, Suzuki Malaysia dengan kerjasama AMITEC TECHNOLOGY SDN. BHD. dengan rasminya melancarkan Suzuki Raider R150 Fi EWC1 2024. Model itu hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 300 unit, dengan harga jualan asas sebanyak RM 8,988.00.
Berbanding versi standard Suzuki Raider R150 Fi 2023, Suzuki Raider R150 Fi EWC1 2024 ini tampil dengan skim warna dan grafik mirip jentera Suzuki Endurance Racing Team (SERT), yang bersaing di dalam siri perlumbaan FIM Endurance World Championship (EWC). Aspek teknikal pula tiada sebarang naik taraf terbaharu, dan ianya kekal sama seperti mana model standard.
Sebelum itu pada penghujung tahun 2022 yang lalu, Suzuki Raider R150 Fi turut diperkenalkan dengan dua skim warna istimewa iaitu Special Edition, melalui model Suzuki Raider R150 Fi GP Special Edition 2023 dan juga Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah 2023.
Sumber gambar : SG Top Motor Sdn. Bhd. FB & Ming Motor Port Dickson FB