Pameran automotif Malaysia Autoshow 2024 bakal berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, bermula dari tarikh 22 sehingga 26 Mei 2024. Antara yang menyertai pameran tersebut ialah MForce Bike Holdings, yang akan memperkenalkan beberapa jenama motosikal baharu untuk pasaran Malaysia, dan ianya termasuklah Voge iaitu jenama premium daripada syarikat Loncin.
Setakat ini menurut sumber, model keluaran Voge yang bakal dilancarkan di pasaran negara kita nanti ialah Voge CU525 2024. Model itu dilengkapi enjin 494cc (dual cylinder, DOHC, 4V, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan, serta menggunakan sistem pacuan tali sawat. Untuk melihatnya dengan lebih dekat, anda bolehlah kunjungi pameran Malaysia Autoshow 2024 nanti.