Selain Yamaha Tricity 125 2024, pasaran Jepun turut diperkenalkan Yamaha Tricity 155 2024. Sama seperti Tricity 125, Tricity 155 juga menerima warna baharu Matte Light Green, di samping dua warna terdahulu Matte Gray dan White, yang dibawakan daripada model tahun 2023.
Walaupun kedua-dua model itu mempunyai reka bentuk dan penampilan yang sama, namun terdapat beberapa perbezaan pada model Tricity 155. Ianya termasuklah enjin yang berkapasiti 155cc, dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,000rpm dan tork setinggi 14Nm @ 6,500rpm.
Selain itu Tricity 155 juga dilengkapi sistem brek cakera dengan ABS, soket kuasa DC 12V untuk mengecas telefon bimbit, kemudahan penyangkut barangan, dan kunci brek belakang untuk memudahkan parking. Ruang storan di bawah tempat duduknya pula dilengkapi lampu LED.
Yamaha Tricity 155 2024 mempunyai berat 172 kg, berbanding 168 kg pada model Tricity 125. Untuk pasaran domestik Jepun, harga jualannya ditawarkan sebanyak 566,500 Yen, bersamaan RM 16,993.85 (kadar semasa). Ianya telah berada di pasaran bermula tarikh 11 April 2024.