Suzuki V-Strom 800 2024 kini di Malaysia, harga RM 53,800.00

Bertempat di Malaysia Autoshow 2024 (22 – 26 Mei), Suzuki Malaysia kini rasmi melancarkan model terbaharu Suzuki V-Strom 800 2024. Harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 53,800.00 sahaja. Suzuki V-Strom 800 ialah sebuah model dalam versi jalanan (Road Explorer), tampil dengan spesifikasi yang agak berbeza berbanding Suzuki V-Strom 800DE (Dual Explorer).

Di bahagian enjin, kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin yang sama iaitu bersesaran 776cc (2-cylinder, liquid cooled, DOHC, 270° crank), dengan kuasa maksimum 84.3PS dan tork 78Nm. Sebagai sebuah model jalanan, Suzuki V-Strom 800 2024 dilengkapi tayar depan dan belakang bersaiz 19 inci dan 17 inci, rim aloi aluminium, dan tayar yang lebih sesuai untuk jalan aspal.